Close

Not a member yet? Register now and get started.

lock and key

Sign in to your account.

Account Login

Forgot your password?

MPV – Produksi Multimedia

PROGRAM MPV

Program MPV adalah singkatan nama kepada 22 mata pelajaran elektif bercorak kemahiran

vokasional di Tingkatan 4 dan 5 yang mula ditaw arkan secara berperingkat-peringkat di sekolah

menengah akademik harian mulai tahun 2002. Penaw aran berperingkat-peringkat 22 mata

pelajaran kemahiran ini dalam empat fasa mulai tahun 2002 hingga 2005

Matlamat Program MPV

Mata-mata pelajaran vokasional diperkenalkan bagi melahirkan pelajar berkemahiran dalam

bidang usaha yang relevan dan bermakna untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaaan,

memulakan perniagaan atau meneruskan latihan di per ingkat yang lebih tinggi

Objektif-Objektif Program

  • • Memberi peluang yang luas kepada pelajar memilih mata pelajaran mengikut minat dan bakat

mereka

  • • Membekalkan kemahiran vokasional terutamanya kepada pelajar yang cenderung dalam

ketukangan tangan

  • • Memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah menengah akademik
  • • Sebagai persediaan aw al bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dan separa mahir dalam

perindustrian Negara

Penawaran MPV di Sekolah

Setiap sekolah boleh menaw arkan sehingga empat MPV (mengikut kesediaan sekolah) dengan

1-2 kelas bagi setiap mata pelajaran. Setiap kelas amali dikendalikan dalam jadual w aktu sekolah

(mengikut kesesuaian jadual) bagi 20-25 orang murid. MPV diperuntukkan 12 w aktu seminggu

kecuali mata pelajaran ‘Produksi Multimedia’ dan ‘Grafik Berkomputer’ yang dikendalikan dalam

masa 8 w aktu seminggu.

Kriteria Pemilihan Sekolah dan Mata Pelajaran

Pemilihan sekolah dibuat oleh satu jaw atankuasa terdiri daripada pegaw ai-pegaw ai dari Bahagian

KPM dan JPN berasaskan kepada kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan iaitu:

(i) Sekolah yang mempunyai kemudahan bengkel, bilik yang boleh diubah suai serta

ruang fizikal yang mencukupi untuk keperluan mata-mata pelajaran MPV tertentu.

(ii) Sekolah yang mempunyai guru yang layak dan berminat mengajar MPV yang

ditaw arkan seperti Guru Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Pertanian untuk mata

pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian dan Tanaman Makanan. Walau

bagaimanapun, mulai tahun 2003 guru MPV akan ditempatkan di sekolah yang

memerlukan guru berkaitan.

(iii) Sekolah yang mempunyai ramai murid yang berminat dalam bidang-bidang tertentu

MPV. Murid ini juga harus sekurang-kurangnya memperoleh ‘D’ dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam peperiksaan PMR. Bagi mur id yang

mengikuti mata pelajaran, Produksi Bahan Multimedia dan Grafik Berkomputer,

mereka harus mendapat sekurang-kurangnya ‘C’ dalam mata pelajaran matematik

dalam peper iksaan tersebut.

Lain-lain Kriteria

(iv) Sekolah yang berdekatan dengan pusat latihan seperti politeknik, SMT/V, Kolej

Komuniti, Pusat Giat Mara. Pusat latihan ini dapat membantu sekolah dalam

perkongsian kepakaran, latihan dan kemudahan.

(v) Sekolah yang mempunyai alam persekitaran /kaw asan perindustrian yang boleh

membantu MPV tertentu seperti kaw asan kilang perabot bagi mata pelajaran

‘Membuat Perabot’ atau kaw asan industri automobil bagi mata pelajaran ‘Menservis

Automobil’ dan ‘Menservis Motosikal’

(vi) Sekolah yang pernah/sedang mengendalikan Sekolah Ke Kerjaya akan

memudahkan pengendalian MPV.

(vii) JPN menentukan setiap daerah harus ada sekolah yang menaw arkan MPV dan

taburan penaw aran 22 MPV mengikut daerah harus memudahkan murid

mengambil mata pelajaran ini.

Pihak sekolah selain dar ipada dapat memenuhi syarat di atas harus mendapatkan kebenaran

bertulis daripada ibu/bapa murid yang mengambil MPV. Satu ujian minat/kecenderungan kepada

murid harus diadakan bagi memilih murid yang berpotensi. Satu taklimat/ceramah kepada murid

dan PIBG perlu dikendalikan.

Murid boleh mengambil satu atau lebih MPV dengan mata-mata pelajaran teras SPM. Mereka

juga boleh membuat kombinasi dengan mata pelajaran elektif lain seperti Perdagangan,

Pendidikan Seni atau Reka Cipta. Walau bagaimanapun, murid tidak boleh membuat kombinasi

dengan mata-mata pelajaran yang ada kaitan seperti:

(i) Mata pelajaran berasaskan binaan, Kejuruteraan, ketukangan seperti Pembinaan

Domestik dan Menservis Peralatan Domestik Elektrik dengan Teknologi

Kejuruteraan dan Lukisan Kejuteraan

(ii) Mata pelajaran berasaskan Ekonomi Rumah Tangga seperti Katering dan

Penyajian dengan Ekonomi Rumah Tangga

(iii) Mata pelajaran berasaskan pertanian seperti Landskap dan Nurseri, Tanaman

Makanan dengan Sains Pertanian

(iv) Mata pelajaran berasaskan komputer seperti Produksi Multimedia, Grafik

Berkomputer dengan mata pelajaran Teknologi Maklumat

Bahan-Bahan Kurikulum

Sekolah-sekolah yang menaw arkan mata pelajaran ini akan dibekalkan dengan bahan-bahan

berikut untuk setiap mata pelajaran

  • • Sukatan Pelajaran
  • • Huraian Sukatan Pelajaran
  • • Modul Pembelajaran (pengganti buku teks)

Tenaga Pengajar dan Latihan Guru

  • • Pada peringkat permulaan, guru-guru mata pelajaran berkaitan seperti Kemahiran Hidup,

Teknologi Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Pendidikan Seni, Ekonomi Rumah Tangga dan

Pertanian akan dipilih untuk mengajar mata-mata pelajaran tersebut.

  • • Guru-guru ini juga akan diberi latihan kemahiran lanjutan dari masa ke masa. JPN perlu

memohon peruntukan tambahan untuk latihan lanjutan ini.

  • • Bagi membantu guru-guru dalam mengendali ker ja amali, sekolah perlu mendapatkan tenaga

pengajar sambilan mahir daripada syarikat atau pusat latihan berdekatan

  • • Untuk rancangan masa panjang, institusi pengajian tinggi (selain dari maktab perguruan)

seperti Universiti Teknologi Tun Hussien Onn, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra

Malaysia dan kolej. Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia akan dilibatkan dalam

penyediaan bakal-bakal guru.

MATA PELAJARAN PRODUKSI MULTIMEDIA

Mata pelajaran ini memberi pengetahuan teori, proses dan kaedah penghasilan bahan-bahan

multimedia yang menarik dan berkualiti. Pelajar menguasai pelbagai kemahiran yang antara lain

termasuk pengendalian komputer, perakam kamera video, kamera (still picture), alat perakam

audio dan alat pengimbas imej. Pelajar juga diberi kemahiran menukar format video dan audio

dari signal analog kepada digital dan sebaliknya. Penggunaan pelbagai perisian editor grafik,

video dan video serta alat pengarangan juga didedahkan. Selepas tamat pengajian, pelajar boleh

menceburi bidang pekerjaan yang bersangkutan dengan pengiklanan dan rakaman studio.