Close

Not a member yet? Register now and get started.

lock and key

Sign in to your account.

Account Login

Forgot your password?

Pentaksiran

PENGENALAN

Pentaksiran Mata Pelajaran Vokasional dilaksanakan secara berasaskan sekolah

dan berpusat. Pentaksiran berasaskan sekolah dikendalikan oleh guru mata

pelajaran berkenaan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran berasaskan sekolah mentaksir eviden proses dan eviden produk bagi

sesuatu kompetensi. Penskoran kompetensi calon bagi sesuatu modul pentaksiran

dilaporkan dalam Sijil Mata Pelajaran Vokasional. Pentaksiran secara berpusat

dilaksanakan secara bertulis yang mentaksir eviden pengetahuan dikendalikan sama

seperti mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia yang lain.

Dokumen pentaksiran ini disediakan untuk membantu guru pentaksir, calon,

pentadbir sekolah dan pihak lain yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti

pentaksiran yang dijalankan di sekolah.

Dokumen pentaksiran ini mengandungi maklumat berkaitan dengan Organisasi dan

Syarat Pentaksiran, Instrumen Pentaksiran, Panduan Merekod dan Menyimpan

Eviden, Panduan Penskoran serta Maklumat Am Untuk Calon.

Organisasi Pentaksiran

Modul pentaksiran yang dijelmakan daripada modul pembelajaran menjadi asas

kepada pentaksiran tentang penguasaan calon dalam sesuatu kompetensi.

Pentaksiran berasaskan sekolah melibatkan proses mengumpul eviden yang

dikendalikan oleh guru mata pelajaran berkenaan, yang bertindak sebagai pentaksir.

Ia bertujuan untuk mentaksir kompetensi calon dalam sesuatu modul dengan

merujuk kepada sesuatu kriteria yang ditentukan sebelum dihakimi sama ada calon

telah kompeten atau belum.

Syarat Pentaksiran

Pentaksiran kompetensi yang dilaksanakan berasaskan sekolah hendaklah

menggunakan Modul Pentaksiran bagi Mata Pelajaran Vokasional yang berkenaan.

Pentaksiran dijalankan sepanjang tingkatan 4 dan 5 apabila calon menyatakan

kesediaan untuk ditaksir. Proses pentaksiran dilaksanakan seiring dengan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Tempoh Pentaksiran

Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan pada :

  • Tingkatan 4 dari bulan Januari hingga Disember.
  • Tingkatan 5 dari bulan Januari hingga Julai.

Pentaksiran Ulangan

Pengulangan pentaksiran boleh dilakukan jika calon belum kompeten dalam sesuatu

kompetensi yang ditaksir.

Keputusan untuk menentukan samada seseorang calon itu kompeten atau belum

kompeten adalah berdasarkan kepada eviden yang ditunjukkan oleh calon untuk

dihakimi.

Calon hendaklah diberi maklum balas oleh pentaksir tentang kesilapan yang

dilakukan bagi sesuatu kriteria atau kompetensi yang dicatatkan sebagai belum

kompeten.

Calon perlu kompeten semua kriteria untuk kompeten kompetensi dan kompeten

semua kompetensi untuk kompeten modul. Jika calon belum kompeten, calon diberi

peluang untuk mengulangi kompetensi dalam modul yang sama atau modul yang

lain atau ulang keseluruhan modul. Calon diberi peluang mengulang sehingga calon

kompeten atau tamat tempoh pentaksiran.

Keperluan Am Untuk Aktiviti Pentaksiran

Pihak sekolah hendaklah menamakan guru Mata Pelajaran Vokasional sebagai

pentaksir untuk dilatih oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan seterusnya dilantik

menjadi pentaksir.

Pentaksiran hendaklah dijalankan berdasarkan standard yang ditetapkan. Oleh itu

semua pentaksir perlulah menjalani latihan dan ditauliahkan pelantikannya supaya

proses mentaksir dapat dilaksanakan dengan mematuhi standard yang ditetapkan.

Proses pentaksiran mungkin melibatkan penggunaan atau pengendalian alat, mesin,

bahan dan kelengkapan yang merbahaya. Pihak sekolah bertanggungjawab

memastikan aspek keselamatan dan kesihatan calon dipatuhi semasa proses

pentaksiran dilaksanakan.

Calon perlulah diberi peluang dan kemudahan untuk menggunakan peralatan dan

kelengkapan bagi menyempurnakan aktiviti dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Pentaksir wajib memastikan bahawa eviden proses dan eviden produk yang

dikemukakan untuk ditaksir adalah hasil kerja calon itu sendiri.

Eviden proses dan eviden produk hendaklah direkod dan disimpan untuk tujuan

penyelarasan dan pengendalian pentaksiran semula.

Sumbangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Terhadap Gred MPV di Peringkat

SPM.

Syarat kelayakan minimum untuk penggredan MPV di peringkat SPM ialah calon

telah menyempurnakan dan kompeten sekurang-kurangnya 30% daripada

keseluruhan modul bagi MPV pilihannya.

Calon akan memperoleh gred 8E dalam sijil SPM jika hanya kompeten 30% daripada

keseluruhan modul bagi Mata Pelajaran Vokasional pilihannya.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Bagi tujuan pentaksiran Mata Pelajaran Vokasional, modul pentaksiran dijelmakan

daripada modul pembelajaran. Setiap modul pentaksiran boleh ditaksir secara

berasingan atau berkelompok. Hubungkait antara modul pembelajaran dan modul

pentaksiran bagi Mata Pelajaran Vokasional ditunjukkan dalam Jadual 1.

SENARAI MODUL PENTAKSIRAN DAN MODUL PEMBELAJARAN

PRODUKSI MULTIMEDIA

MODUL PEMBELAJARAN MODUL PENTAKSIRAN
1. GRAFIK M1 – MENGHASILKAN GRAFIK
2. AUDIO M2 – MENGHASIL DAN MENYUNTING AUDIO
3. VIDEO M3 – MENGHASIL DAN MENYUNTING VIDEO
4. ANIMASI M4 – MENGHASILKAN ANIMASI 2D DAN 3D
5. ALAT PENGARANGAN M5 – MENGHASILKAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
6. WEB M6 – MEMBINA LAMAN WEB
7. PRODUK MULTIMEDIA M7 – MEMBANGUNKAN PRODUK MULTIMEDIA
8. KEUSAHAWANAN M8 – PENGURUSAN DALAM PEMBANGUNAN MULTIMEDIA

Jadual 1